[VIDEO] Yang Indah Hanya Sementara.. Hubungan Perkahwinan 8 Selebriti Ini Terkandas Di Tengah Jalan

Khabar terbaru soal kisah cinta selebriti memang selalu dinantikan oleh setiap peminat. Berbagai hal romantis dan juga foto mesra mereka mencuri perhatian orang ramai dan juga media.

Yang indah itu hanyalah sementara, kisah cinta mereka juga mengalami begitu banyak masalah dan halangan. Sayangnya, sepanjang tahun 2017 ini ada begitu banyak pasangan selebriti yang putus mahupun bercerai.

Berikut ini merupakan senarai pasangan selebriti yang hubungannya kandas di tengah jalan. Siapa ya?

1. Erma Fatima & Bade Hj Azmi

Setelah 26 tahun mendirikan rumah tangga pengarah terkenal Bade Azmi melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya pengarah dan pelakon Erma Fatima kira-kira pukul 11.35 pagi, Khamis. 

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 53, melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, pada Khamis. 

Bade hadir secara berasingan menaiki motosikal kira-kira pukul 10.30 pagi. 

Bade Azmi meninggalkan mahkamah selepas melafazkan talak buat Erma Fatima.

Manakala Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 49, berjubah hitam tiba di mahkamah pukul 11 pagi bersama adiknya Betty Rahmad.

Bade selaku plaintif kes itu memfailkan permohonan bercerai pada 10 Ogos mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. 

Erma diwakili peguam Datuk Jamal Mohd Lokman Sulaiman sementara Bade tidak diwakili peguam. 

Dalam pada itu Erma yang ditemui di luar mahkamah berkata, dia reda dengan perceraian itu selain menganggap ia sebagai urusan Allah.

“Apa yang boleh saya katakan, soal mati dan jodoh itu, ketentuan Tuhan dan jika ini ketentuannya, saya sangat reda,” ujarnya ringkas.

Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1991.

VIDEO :

2. Hafiz Hamidun & Joy Revfa

“Ia episod yang sangat panjang. Saya bersyukur episod berbulan-bulan itu tamat hari ini.”

Kalimah itu diungkap penyanyi, Hafiz Hamidun, sebaik kes perceraiannya dengan Joy Revfa selesai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini, hari ini.

Hafiz, 33, atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Hamidun, turut memaafkan Joy Revfa dan tidak menyimpan dendam terhadap usahawan kosmetik itu.

Terdahulu, Hafiz menceraikan Joy Revfa dengan talak satu pada jam 4.10 petang di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu pada 12 Oktober lalu.

HAFIZ hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi menghadiri kes lafaz cerai dengan usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. – Foto Roslin Mat Tahir

Shukran berkata, talak satu yang dijatuhkan Hafiz adalah talak Ba-in Sughra disebabkan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30 tidak perlu menjalani edah kerana pasangan itu tidak pernah melakukan hubungan kelamin.

Mahkamah juga merekodkan kedua-dua pihak tidak membuat sebarang tuntutan termasuk nafkah tertunggak dan harta sepencarian.

Hafiz yang diwakili peguam Azmi Rais memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 selepas lima bulan menempuhi alam perkahwinan dengan Joy Revfa.

JOY Revfa hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi menghadiri Kes lafaz cerai dengan Penyanyi Hafiz Hamidun di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. – Foto Roslin Mat Tahir

Berdasarkan notis permohonan itu, antara alasan perceraian yang dikemukakan adalah tiada lagi persefahaman antaranya dengan Joy Revfa dan tiada lagi kebahagiaan dalam rumah tangga mereka.

Hafiz mendakwa isterinya sentiasa mengaibkan beliau di laman sosial, enggan menerima nasihat diberi dan ingkar dengan suruhan Hafiz sebagai suami, termasuk menjatuhkan imej dan reputasinya.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2017.

Joy Revfa pernah berkahwin dengan Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Sementara itu, Hafiz ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, mengakui tenang selepas pergolakan rumah tangga mereka berakhir.

“Walaupun kami tidak mahu pengakhiran sebegini, saya pasti ada hikmah di sebaliknya.

“Saya pelajari sesuatu dalam kes ini dan boleh dijadikan iktibar untuk saya dan orang lain,” katanya.

Joy Revfa pula menyifatkan penyelesaian itu sebagai jalan terbaik untuknya dan Hafiz.

“Semuanya dah selesai. Saya nak teruskan kehidupan saya dengan anak dan perniagaan saya,” katanya.

Joy Revfa hadir ke mahkamah ditemani ibunya dan peguam syarie Aznor Suhaida Dolah.

3. Serina Redzuawan & Gavin Edward O’Luanaigh

 Tujuh melayari rumah tangga bersama, warga Britain, Salahudin@ Gavin Edward O’luanaigh akhirnya melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Serina Redzuan hari ini.

Lafaz itu dibuat Gavin, 40, jam 10.49 pagi selepas Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Nurul Hidayah Jani membenarkan permohonan cerai tersebut.

4. Esma Daniel & Nitra Sari Omar

Pelakon Esma Daniel mengakui sudah bercerai dengan isterinya, Nitra Sari Omar sejak November tahun lalu.

Esma, 48, ketika dihubungi berkata, dia perlu mengambil masa agak lama untuk membuat pengakuan berikutan perlu mengumpul semula semangat dan kekuatan.

“Ini adalah kali kedua saya gagal dalam perkahwinan dan pastinya ia satu perkara sukar untuk saya terima. Namun, saya perlu akur apabila kami sudah tiada jodoh untuk bersama.

“Bekas isteri kini menetap di Johor Bahru bersama enam anak kami. Saya tak nafikan, jarak yang jauh dan sibuk dengan pekerjaan antara punca perpisahan ini,” katanya.

Esma berkata, sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia mendedahkan statusnya kerana jika terus mendiamkan diri, dia bimbang ia boleh mencetuskan masalah di kemudian hari.

“Jika diikutkan saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya perlu akur bahawa saya adalah golongan artis yang juga milik masyarakat. Jika saya terus berdiam diri, lama kelamaan mereka akan bertanya juga dan saya pula bukanlah seseorang yang suka berkongsi semua perkara di laman sosial,” katanya.

Esma berkata, mereka berpisah secara baik memandangkan anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatian.

“Demi anak-anak, kami harus berbaik dan saya perlu terus bekerja untuk membesarkan mereka,” katanya.

Esma dan Nitra Sari berkahwin pada 2002 dan dikurniakan enam anak yang kini berusia setahun hingga 10 tahun.

Ia adalah perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan pelakon, Sherie Merlis.

Hasil perkongsian hidup dengan Sherie, mereka dikurniakan dua anak.

Menurut Esma, 48, punca penceraian itu kerana kesibukan bekerja dan jarak yang jauh.

“Ini adalah kali kedua saya gagal dalam perkahwinan dan pastinya ia satu perkara sukar untuk saya terima. Namun, saya perlu akur apabila kami sudah tiada jodoh untuk bersama.

“Bekas isteri kini menetap di Johor Bahru bersama enam anak kami. Saya tak nafikan, jarak yang jauh dan sibuk dengan pekerjaan antara punca perpisahan ini.

“Jika diikutkan saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya perlu akur bahawa saya adalah golongan artis yang juga milik masyarakat.

“Jika saya terus berdiam diri, lama kelamaan mereka akan bertanya juga dan saya pula bukanlah seseorang yang suka berkongsi semua perkara di laman sosial,” katanya

5. Fatin Afeefa & Adam Shahz

Pelakon Adam Shahz mengakui hasutan pihak luar menjadi punca bekas isterinya, Fatin Afeefa memfailkan cerai terhadapnya pada 15 Mei lalu.

Tidak menyalahkan Fatin, bagaimanapun Adam mengakui dia benar-benar kecewa apabila ada pihak yang dilihat tidak senang melihat kebahagian rumah tangga mereka dan LP LPberselindung di sebalik nama ‘kawan’ bagi menghancurkan perkahwinan dibina itu.

“Apa yang boleh saya katakan pergaulan bekas isteri dengan rakan-rakan antara penyebab kami bercerai apabila ada di antara teman-temannya tidak senang melihat kami bahagia, mula menghasut dan nampaknya cubaan itu berjaya.

“Kadang-kadang kita tidak boleh baca apa dalam fikiran orang di sekeliling kita dan apa agenda mereka apabila mendekati kita.

“Tetapi tidak perlulah saya butirkan satu persatu kerana saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini sebaliknya menganggap perceraian ini sebagai sudah tertulis untuk kami berdua,”

6. Zarina Anjoulie & Pengiran Mohd Ilham Syazwan

pelakon Zarina Anjoulie akhirnya mengakui beliau sudah bercerai dengan bekas suaminya Pengiran Mohd Ilham Syazwan, seorang warga Brunei pada 18 Disember 2016 secara baik, kerana tidak wujud persefahaman lagi antara mereka berdua.

Selepas mengenalinya selama empat bulan, bekas suami datang berjumpa saya dan kami buat keputusan untuk berkahwin. Bagaimanapun kebahagiaan hanya dikecapi selama setahun lima bulan saja dan selepas itu rumah tangga kami mula bergolak.

Faktor penceraian saya disebabkan usia bekas suami yang terlalu muda ketika berkahwin. Selepas mendapat anak, keretakan rumah tangga kami sukar dibendung dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami.

Saya sebenarnya mengharapkan yang terbaik daripada perkahwinan ini tetapi apakan daya jodoh saya tak kekal lama.

7. Dira Abu Zahar & Helmi Yusof

Pelakon dan pengarah Dira Abu Zahar berkata status ibu tunggal yang dilalui buat kali kedua langsung tidak memberikan tekanan atau kesulitan dalam kehidupannya kini.

Malah, pelakon berusia 33 tahun ini mengakui, rutin seharian sama ada untuk urusan peribadi atau kerja berjalan lancar seperti sedia kala.

“Rasanya tiada apa nak ulas lanjut tentang perceraian saya. Semua pun sudah tahu. Malah, kami pun berpisah secara baik, tidak bergaduh atau bermusuhan.

“Saya masih kekal bersahabat baik dengan bekas suami (pengarah Helmi Yusof). Malah, hubungan saya dengan bekas suami pertama (Ash Bau) pun baik. Jadi kehidupan saya sekarang berjalan dengan lancar dan stabil.

8. Ezlynn dan Adam Fahmy Shamsuddin

Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn dan suami, Adam Fahmy sah bercerai talak satu, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Adam Fahmy Shamsuddin, 38, melafazkan cerai terhadap Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, di hadapan Hakim syarie Noorbyetty Nasir pada jam 10.30 pagi.

Terdahulu, Noorbyetty menasihatkan pasangan itu bermaaf-maafan antara satu sama lain sebelum lafaz cerai dilafazkan Adam Fahmy.

Ezlynn memfailkan permohonan cerai pada 7 April lalu, mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984 iaitu perceraian secara baik.

Antara alasan permohonan cerai itu termasuk tiada lagi persefahaman dan kasih sayang dalam rumah tangga yang dibina pada 20 November 2011.

Ezlynn hadir ke mahkamah bersama Peguam Syarie, Izyan Hazwani Ahmad manakala Ahmad Nazib Johari bertindak sebagai Peguam Syarie kepada Adam Fahmy.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : IslamikInfo

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*