[50 FOTO] 23 Selebriti Malaysia Ini Pernah Menjadi Pramugari Dan Pramugara

Profesion pramugari dan pramugara dianggap sesetengah orang didalam masyarakat sebagai glamor dan bertuah kerana mereka dapat bekerja di awan biru dan mengembara ke serata dunia melihat dunia luar dan bertemu dengan pelbagai bangsa dan ragam.

Namun tanggungjawab kakitangan penerbangan ini sangat besar kerana mereka perlu memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan servis yang terbaik demi menjaga nama syarikat penerbangan yang diwakili mereka.

Menjadi pramugari dan pramugara bukanlah satu tugas yang mudah. Tugas mereka memerlukan skil dan sikap daya tahan yang tinggi.

Disamping perlunya bagi mereka menjaga tingkah laku yang sopan dan penampilan yang baik di sepanjang masa penerbangan. Maka tidak hairan, untuk menjadi pramugari dan pramugara , seseorang itu perlulah memenuhi kriteria mempunyai rupa paras yang cantik atau kacak dan berperibadi menarik lagi hebat.

Berikut adalah senarai 23 selebriti Malaysia yang pernah bertugas di awan biru sebagai pramugari dan pramugara.

1. Amy Mastura, penyanyi dan pelakon , pramugari Malaysia Airlines

2. Scha Al Yahya, pelakon, model dan hos rancangan, pramugari AirAsia

3. Ziana Zain, penyanyi , pramugari Malaysia Airlines

4. Anuar Zain, penyanyi dan pelakon , pramugara Malaysia Airlines

5. Dayang Nurfaizah, penyanyi, pramugari Firefly

6. Sharifah Shawati , personaliti televisyen , pramugari Malaysia Airlines

7. Datin Normala Shamsudin , personaliti televisyen, pramugari Malaysia Airlines

8. Maria Tunku Sabri, personaliti televisyen, pramugari Malaysia Airlines

9. Raja Azmi, pengarah dan produser filem, pramugari Singapore Airlines

10. Datuk Khadijah Ibrahim,penyanyi , pramugari Saudi Airlines

11. Fizo Omar, pelakon dan model , pramugara Malaysia Airlines

12. Intan Sarafina , pelakon dan model , pramugari AirAsia

13. Faizah Ilai, pelakon dan model, pramugari Malaysia Airlines

14. Fauziah Ghous , pelakon dan model , pramugari Malaysia Airlines

15. Sherry Ibrahim, pelakon , pramugari Malaysia Airlines

16. Danny X Factor, penyanyi dan pelakon, pramugara Malaysia Airlines

17. Ellie Suriaty, pelakon , pengarah dan produser , pramugari Malaysia Airlines

18. Zarul Umbrella, penyanyi , pramugara Malaysia Airlines

19. Uqasha Senrose , pelakon dan model , pramugari AirAsia

20. Ida Nerina, pelakon, pengarah dan produser , pramugari Malaysia Airlines

21. Ning Baizura, penyanyi dan pelakon , pramugari Singapore Airlines

22. Mas Idayu, penyanyi , pramugari Malaysia Airlines

23. Nazim Othman, pelakon dan model , pramugara Malaysia Airlines

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

Sumber : IslamikInfo

SoyaLemon.ORG

Apa Kata Anda

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*