[GAMBAR] Ini cara 10 Bintang Insta Sambut Kemeriahan Syawal, Mana Satu Korang Follow?

Seiring perkembangan semasa, istilah popular dan glamor tidak hanya terhad kepada mereka yang bergelar artis semata-mata.

Sebaliknya, individu yang punyai idea kreatif atau mereka yang melakukan sesuatu yang tular mengenai sesuatu isu hingga dikenali netizen turut dianggap selebriti, hingga ada yang menggelarkan mereka sebagai ‘insta-famous’, atau bintang insta.

Sejauh mana kebenarannya, hanya pengguna media sosial yang boleh menilai. Malah, ada di antara mereka yang mempunyai pengikut dan jumlah tanda suka di Instagram kalah artis sedia ada!

Apa pun, bersempena dengan kemeriahan 1 Syawal tahun ini, jom usha cara 10 individu viral ini sambut lebaran.

King Coco

Bintang yang kini sudah pun mempunyai seorang cahaya mata ini dilihat tampil sederhana kala menyambut lebaran.

Nizam Rahman

Terkenal dengan parodi bersama rakannya, Otam Blur, Nizam tampa kacak kala mengenakan persalinan Baju Melayu moden kontemporari. Lengkap dengan samping ok!

Faiz Roslan

Tular dengan isu kontroversi melibatkan dirinya baru-baru ini, Faiz dilihat memuatkan beberapa keping foto bersempena raya. Nah, ini fotonya yang dirakam bersama ibu tercinta.

Beby Toratora

Bintang insta yang mulai tular kerana sering memuat naik posting ketika sedang makan dan kian menjadi perhatian kerana usahanya untuk tampil kurus ini mengakui gemar menyambut raya dengan cara sederhana saja.

Faiz Dickie

Bintang Insta antara yang terawal ini sempat merakam foto bersama bapanya. Namun seperti biasa, tidak lengkap kalau kapsyen fotonya tidak ada elemen humor!

“Bila kau beria pakai jubah recycle sebab nak nampakkan mood ‘raya’ (jangan tanya nape tak pakai baju melayu – semua dah tak muat! Haha), bapak kau plak sempoi je pakai kemeja Snail ngan topi Maher Zain. Haha,”

 

“Selamat Hari Raya sekali lagi #Villagepeople daripada Paihdiki dan Pak Abu! Ok bye nak sambung melantak rendang limpa/daging campur daun puding. Heaaa,” tulis Faiz

Hafiz Mahamad

Bintang Insta yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang turut dikenali sebagai bintang media sosial, Nursyafiqah Aina. Sama cantik sama padan kan?

Dr. Say Shazril

Figura ini tiba-tiba menjadi viral tidak lama dulu apabila dia dikatakan menjadi antara doktor terkacak di Malaysia!

Intan Liana

Berbeza dengan Intan, tahun ini dia meyambut 1 Syawal pertama kali tanpa insan bergelar suami di sisi. Tidak lama dulu, Intan pernah terpalit dengan isu sensasi melibat aktres, Izreen Azminda.

Syada Amzah

Adik kepada penyanyi, Shila Amzah ini nampaknya tampil sedondon dengan ibunya di Aidilfitri. Syada sebelum ini turut terkenal di YouTube.

Coach Yin

Wow…individu yang paling rapat dengan Sajat pun tidak kalah bila tampil dalam rona senada dengan usahawan tersebut. Sebelum sambut raya di Kelantan, sempat posing OOTD ya?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SL

 

Sumber: Media Hiburan

Apa Kata Anda