[VIDEO] Ikan Siakap Belado Petai Hasil Air Tangan Syafie Naswip Si Bujang Nilai

Mohd Shafie Naswip atau lebih dikenali sebagai Syafie Naswip ialah seorang pelakon lelaki yang mula menceburi industri perfileman pada usia belasan tahun.

Pada awal pembabitan lakonannya, Shafie hanya menemani adiknya saudaranya untuk menjalani uji bakat tetapi akhirnya beliau juga diuji bakat oleh Yasmin Ahmad bagi membawakan watak sebagai Mukhsin. Shafie turut menyertai rombongan filem Mukhsin ke Festival Filem Antarabangsa Tokyo, Jepun pada 2006. Shafie menganggap Yasmin sebagai “Mak” dan kematiannya telah menyebabkan beliau terasa kehilangan yang sangat besar dalam hidupnya sehingga suatu ketika, beliau pernah terfikir untuk bersara.

Pada tahun 2017, Shafie bakal muncul dalam dua buah telefilem khas raya yang akan bersiaran di TV3 iaitu telefilem Ali pada 26 Jun manakala Surat Panjang Untuk Mak pada 28 Jun.

 Shafie terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan akur dengan kemampuan dirinya. Beliau hanya memilih filem berkualiti yang mempamerkan bakat lakonannya supaya tidak kelihatan stereotaip di kaca mata penonton. Kerana sudah terbiasa hidup dalam kedaifan, duit yang diterima hasil daripada lakonannya telah disimpannya dan separuhnya diberikan kepada ibu bapanya. Selain itu, beliau sering menggunakan motosikal untuk ke mana-mana.

Syafie juga seorang yang berbakat dalam bidang masakan. Banyak jenis makanan yang telah dimuatnaik di Instagramnya antaranya ialah Ikan Siakap Belado Petai. Rata-rata netizen memuji bakat memasaknya itu.

VIDEO :

Sebahgian Komen Dari Netizen

Kalau Kawen Nanti Senang Laa Semua Pandai Masak.. Untung Isteri…????

Sedap Bak Hang

Ya Allah… Sedapnya Ayie..Boleh Terbitkan Buku Resepi Dah Ni…????????????

Boleh Dah Bukak Kedai Ni 

Adoiiii Terliur La 

Min doakan semoga Syafie akan terus berjaya didalam bidang lakonan dan juga apa jua bidang yang akan diceburi.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber : Ig SyafieNaswip

 
Apa Kata Anda